Wednesday, November 11, 2009
kenapa??

salam..
lately, aku rasa dunia blog mcm dah semakin huru hara...kebanyakan blog yg aku pegi, mcm blog makcik yonna, chika dll...dok heboh pasal plagiat dan penipuan identiti....sedikit sebanyak buat aku musykil dan terfikir..korang berblog ni sebenarnya dengan tujuan apa? niat apa?? dan kenapa sebenarnya korang buat blog??
aku berblog sebab pada aku blog adalah tempat untuk aku menulis dan untuk write down everything yang aku rasa yang aku tak bley nak confess kat sapa2 secara direct selain untuk menggedik dan berjiwang...okey, abaikan yang menggedik dan berjiwang itu..+_+
oleh sebab itu, aku tak kisah pun blog aku ni ada org masuk atau tak..ada yang baca atau tidak..sebab, aku mahu kebebasan untuk aku express perasaan aku...apa yg aku rasa, apa yang aku suka, yang aku tak suka dan apa yang buat aku marah dan gembira...
ye, blog sendiri...so sendiri punya hak la nak tulis apa pun...tapi pada aku, apa2 yang kita buat pun kena ada etika dan had2 yang tertentu..bila smpai menipu, meniru dan lain2 lagi..apa yg korang dapat? bukan dapat malu je ke?? even orang mungkin x kenal kamu secara personal, tapi sedikit sebanyak org akan ingat kamu sebagai penjahat or do you prefer penjenayah?? uhuh..penjenayah di dunia siber...
apa dapat pun bila kita tipu org?? apa dapat bila kita tiru idea dan tulisan orang?? kan namanya menipu diri sendiri tu..sampai bila lagi pun?? bajet nak femes dan glamor mcm org yg ko tiru tu ke?? haishhh...setiap org punya gaya penulisan tersendiri..ko tiru mcm mana pun ko tak kan bley berjaya jadi mcm org yg ko nak tiru tu..fake la..mcm apa jer..be your self sudahhh...x rugi apa pun...
so...apa yg aku nak kata sebenarnya...menulis lah dgn jiwa sendiri..:)
12:53 PM
Monday, November 9, 2009
happy birthday my love..


"Happy birthday to you..
happy birthday to you..
happy birthday to you love..
happy birthday to you..."
:)
there is nothing i can give you on your birthday honey...becouse there is nothing left..everything mine, is yours...
semoga kehidupan kita bersama akan lebih baik lepas ni...tak der org lain yg saya mahu lebih dari saya mahukan kamu...
tak der org lain yang saya harapkan lebih daripada saya harapkan kamu...
kawan..teman...kekasih...:-*
9:45 AM
Sunday, November 8, 2009
kita tak akan tahu..

Hidup memang penuh dengan kejutan...ketidaksempurnaan dan jauh dari jangkaan kita..banyak benda kita nak, tapi susah nak dapat...benda yang kita tak nak..boleh kata itu yang mudah kita perolehi..smpai kadang2 kita jadi tidak tahu bersyukur...yer lah, sebab kita tak nak..kalau dapat pun buat apa...cuba kalau benda itu kita nak tapi kita tak dapat..dan andai sebaliknya..bila itu yg kita paling nak..dan..itu yang kita dapat...mesti senyum smpai telinga dan masa tu lah baru kita tahu nak bersyukur...:)
berbalik pada apa yang kita nak, tapi kita tak dapat..
kadang2, kita susah nak redha dan berlapang dada dengan apa yang terjadi dengan hidup kita..setiap kejadian, terutama bila terlalu banyak kesakitan, air mata dan keperitan yang kita rasa bila kejadian itu menimpa..lagi susah kita nak terima, dan kesakitan itu kita bawa kemana-mana..nak lepas kan..tapi asyik teringat..bila teringat...luka seolah berdarah kembali..
tanya lah siapa pun..tak kan ada sorang pun manusia dalam dunia ni yang mahu membawa cerita pahit dalam hidup mereka kemana-mana..kalau boleh dilupakan..sudah lama lupa..sudah lama di buang, di kikis dan di hapuskan...
kadang2 pula, kita dah boleh lupakan...cuma kita tak nak lepas kan..hingga kita fikir kita masih rasa kesakitan itu..padahal..kesakitan itu dah lama berlalu...cuma kita yang tak nak lepas kan..sehinggalah kita sedar...bila terjadi pula satu peristiwa..kita boleh tersenyum dan ketawa tanpa perlu rasa tercekik dan kekurangan oksigen didalam dada...akhirnya kita sedar..rasa sakit itu sudah pergi...kesakitan yang kita genggam selama ini sudah tiada...kita sudah mampu berlapang dada pada mereka atau seseorang yang memberi kita kelukaan suatu masa dulu..
kenapa susah nak lepaskan kesakitan padahal kita sengsara sebab rasa sakit itu?? kenapa susah nak memaafkan dan sering melampiaskan dendam??kenapa nak bawa rasa sakit tu kemana-mana kita pergi??padahal...masa untuk itu sudah lama berlalu...tanpa kita sedar..
ada betul nya kata2 "masa akan mengubat segala luka.." time will heal all the pain..., ada hikmah di sebalik kejadian..cuma kita tak punya kesabaran dan masa untuk segala kebaikan itu mekar..yang kita nampak..air mata dan hati kita yang luka..janji yang di mungkiri, harapan yang ranap..
memang makan masa...bertahun2 untuk bebas dari perasaan sendiri..malah, tidak akan boleh 100% punya sembuh..sedikit sebanyak tetap menjadi duri dalam daging..cuma tidak separah mula2 kena..biasalah tu...masa berlalu..kehidupan kita tetap diteruskan..dalam perjalanan masa, ramai yang kita jumpa..dan di kalangan mereka yang kita jumpa, pasti ada yang boleh menjadi penawar jiwa...yang menjadi pengubat duka...hidup kita hanya terhenti bila nywa meninggalkan jasad..selagi itu belum tiba..kita punya banyak peluang lagi..
kita tak nak lepaskan, sebab kita sayang apa yang ada antara sesama kita..betul kan? sebab kita rasa serasi antara satu sama lain..sebab kita rasa gembira dengan dia...tapi, semua itu bukan hanya boleh kita miliki dengan hanya satu jenis perhubungan...bukan hanya cinta yang menyebabkan kita boleh bersama dan berkongsi kebahagiaan...bukan hanya ikatan perkahwinan yang menyatukan dua insan..bukan hanya saling memiliki akan buat kita bahagia...banyak lagi ikatan dan perhubungan yang boleh kita jalinkan...dari situ masih boleh kita lebarkan keserasian masih boleh kita baja kefahaman...masih boleh kita nikmati dan berkongsi kebahagiaan..:)
tidak mustahil bukan?? selagi belum tiba masanya...kita tak akan tahu..dan kalau kita tak beri peluang kepada diri sendiri...
12:56 PM
Saturday, October 31, 2009
aku emo sket..

bila aku tengok cerita melayu paling best dalam masa ni.."Nur Kasih"..aku macam emo banyak sangat..aku cuba untuk tidak emo..tapi tahniah la untuk pengarah cerita ni sebab aku memang sangat emo jadinya...
cerita tu pun mungkin dah nak sampai penghujuung..mesti bosan malam2 jumaat lepas citer nur kasih tu abis nanti...
kenapa aku emo??
ahaks...sgt banyak perasaan yang boleh dapat bila tengok tu..suka, teruja, benci, meluat, getik tak ingat dan macam2 lagi..tapi yang paling aku emo adalah bila....
kita takkan pernah mampu adil untuk membahagi kasih sayang..soal perasaan bukan mudah..orang yg kita sayang haari ni, belum tentu masih kita sayang esok hari..dan orang yang kita xder sedikit perasaan pun...silap2 dia yang paling kita sayang..
siapa kata menjadi yang pertama itu bertuah??
siapa kata menjadi yang terakhir itu malang??
hidup ini mmg tak banyak pilihan..
terpaksa telan juga walau apa rasanya..
3:21 PM
Sunday, October 11, 2009
hidup semakin meletihkan

tatau kenapa..tapi, aku semakin letih untuk terus hidup dalam keadaan yg meletihkan mcm ni..aku semakin letih untuk hidup dalam dunia yg aku ada skarang ni...aku tak tau apa yg bermakna boleh aku kejar..aku tak tahu apa yang betul untuk aku sandarkan..apa yang benar, yang boleh aku harapkan...
hidup masih panjang, tapi aku sudah letih untuk bernafas dalam keterpaksaan...hidup dalam dunia yang aku tiada hak untuk bt pilihan..hidup dalam dunia yang begitu zalim...yang begitu mudah menyentap setiap senyum, gelak dan tawa yang aku ukirkan..
apa yg boleh dilakukan?? kadang2 mahu pergi ke tempat yg tiada org kenal aku..dan aku hidup di situ penuh kedamaian...tapi, damai itu harganya berapa?? lelah yang mahu aku tinggalkan masihkah mungkin terus membayangi setiap langkah hidup yang aku mahu cari ertinya..
kehilangan erti..makna dalam hidup...terperosok dalam dunia yang melelahkan...yang tanpa sedikit belas hanya mahu melihat kau tewas..kecundang...walau segagah mana pun kau bertahan..walau sekuat mana pun kau cuba mempertahankan...kau tetap akan merasa kosong di akhirnya..bertahan entah untuk apa...menjadi kuat entah untuk siapa...hanya meneruskan hidup dengan untuk menunggu mati yg entah bila tidak lagi diketahui..
orang kata..hidup jgn dikesalkan..sbb kita hidup bukan lama..tapi bagaimana kalau hidup yang tak lama itu penuh dengan perkara yang dikesalkan?? hidup yang pendek menjadi terlalu panjang apabila satu demi satu kita hilang..direntap tanpa ihsan..di ambil tanpa simpati..
menyimpan hampa dalam hati..menyimpan rasa kosong di setiap relung...mengimpi hidup yg lebih bererti, namun masih lagi hampa..ibarat melihat bintang jatuh didepan mata namun tetap kaku dan beku walau begitu ingin berlari menadahnya jatuh ke riba..
bagaimana baru hidup boleh dikatakan bererti? hidup yang bagaimana baru boleh dikatakan bahagia? hidup terlalu banyak lompang..terlalu banyak robek di sana sini..mencuba menampal ibarat kain perca di anyam untuk menutup rabak...namun tidak mencukupi..
bagaimana mahu terus hidup selagi ajal masih belum menjemput?? dimana mahu temui hidup yang punya makna semula??
4:07 PM